PENYELIA

Makluman kepada Penyelia :

  1. Penyelia akan menerima emel secara automatik daripada Sistem EPK melalui borang penilaian yang diisi oleh pegawai yang diselia oleh pegawai penyelia masing – masing secara “on time”.
  2. Kandungan emel tersebut adalah data – data yang telah diisi oleh peserta ( pegawai yang akan dinilai ) mengenai kursus yang telah mereka hadiri.
  3. Mohon penyelia menumpukan perhatian pada bahagian Nama Peserta, Nama Kursus, Tarikh Berkursus, Nombor Kad Pengenalan dan pautan sesawang Sistem EPK yang terkandung dalam email tersebut.
  4. Penyelia juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pegawai dibawah seliaan masing – masing mengisi Borang Penilaian Peserta EPK bagi tujuan penilaian selepas 3 Bulan berkursus.

 

Emel daripada Sistem EPK :

  1. Setiap penyelia akan menerima emel daripada Penyelaras Sistem EPK selepas 3 ( Tiga ) Bulan dari kursus yang telah dihadiri oleh pegawai di bawah seliaan mereka.
  2. Lampiran data kursus pegawai seliaan mereka berbentuk Excel (mengandungi Nama pegawai seliaan, Nama kursus yang dihadiri, Tarikh, Nama pegawai penyelia, No kad pengenalan pegawai dibawah seliaan masing – masing) akan dilampirkan bersama di dalam emel beserta pautan laman sesawang BORANG PENYELIA - Borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan Kursus Jangka Pendek ( Dalam & Luar Negara ) KKM.
  3. Penyelia bertanggungjawab membaca dan mengikuti arahan yang terkandung di dalam emel tersebut.